Password Generator pada Google Chrome


Google telah membangunkan fungsi ini selama hampir setahun, kini fungsi ini akhirnya dibina ke dalam Chrome, dengan beberapa kaveat. Pelancaran terkini Chrome dev datang dengan password generator (penjana kata laluan) yang tersedia dalam Chrome.

Kod untuk penjana kata laluan ini adalah sebahagian daripada Chrome sejak awal bulan Jun, tetapi anda perlu menjalankan Google dengan flag permulaan khas.

Sekarang flag untuk "Enable password generation" tersedia di chrome://flags yang bermakna Google akan lancarkan fungsi ni tak lama lagi.

Terdapat beberapa keperluan, anda perlu enable Chrome sync, bermakna anda perlu log masuk ke akaun Google dari Chrome. Anda juga perlu mempunyai pengurus kata laluan dalam pelayar serta pilihan auto complete.

Konsep ini sangat baik. Kebanyakan orang tidak menggunakan pengurus kata laluan, apatah lagi penjana kata laluan. Ada yang tak tahu lengsung pasal perkara ni, mereka menggunakan semula kata laluan yang lemah untuk mana-mana laman web yang mereka gunakan.

Labels: