Maxis Kini Mempunyai 13.9 juta Pelanggan

maxisSejak dari dulu lagi rasanya maxis menjadi pilihan utama para pengguna telefon bimbit. Kalau zaman dulu sesiapa yang guna maxis mesti beliau orang banyak duit. Tapi kini semua dah berubah, sama sahaja.

Menurut laporang laman Malaysian Wireless, yang terbaru, Maxis Berhad kini sudah berjaya menambat hati 13.9 juta pelanggan di Malaysia. Termasuk 12.8 juta yang menjana pendapatan hingga akhir September 2012.

Dari 12.8 juta pelanggan, 9,610 daripada mereka adalah pengguna Hotlink dan 3,190 adalah pelanggan pascabayar. Sehingga bulan September 2012, ada 194,000 pengguna maxis home fibre dan 631,000 pengguna Wireless Broadband.

Dalam usaha sama dengan pihak Astro, maxis menyatakan yang kedua-dua pihak masih berbincang untuk melancarkan Astro B.yond IPTV.

via malaysianwireless.com

Labels: