Twitter akan Kurangkan Jumlah Karakter dalam Tweet


Twitter memutuskan untuk mengubah cara mereka memendekkan link URL dalam tweet akan mengurangkan dua karakter dalam tweet pengguna.

Perubahan, dilaporkan di blog pemaju, dijadualkan bakal berkuat kuasa pada 6 Februari 2013. Ini bermakna, pautan yang di-embed dan dipendekkan dalam tweet (t.co), yang kini menyumbang 20 aksara untuk non-https atau 21 aksara untuk https, kini akan mengambil sehingga 22 atau 23 karakter. Ini akan menggangu pengguna yang suka menghantar pautan dalam tweet.

Perkara ini nampaknya akan menggalakkan pengguna Twitter untuk meletakkan pelbagai perkataan yang dipendekkan, terma dan frasa pada tahun akan depan untuk mengikut kekurangan karakter ini.

Pengguna walaubagaimanapun boleh menukar perkhidmatan default pada akaun Twitter mereka dari t.co ke bitly atau cuba goo.gl.

via Twitter Developers

Labels: