SMS Kini Berusia 20 Tahun

Hari ini 3 Disember 2012, maka genap la usia teknologi SMS (Short Message Service) 20 tahun. SMS pertama dihantar pada 3 Disember 1992 oleh seorang programmer dari UK kepada sahabat beliau.

SMS bermula dengan alat kelui, mula digunakan dalam telegrafi dan teleks. Teks, menjadi cara pilihan untuk berkomunikasi dalam perniagaan dan di antara kawan-kawan.

Walaupun mesej dalam format teks akan terus digunakan, tetapi format SMS itu sendiri tidak akan bertahan lama. Internet menyambungkan telefon bimbit dan aplikasi mesej telah pun mengurangkan penggunaan SMS.

Kelebihan pada aplikasi mesej mengatasi mesej teks tradisional yang tidak banyak berubah membuat pengguna beralih daripada SMS sebagai mod komunikasi.

SMS tidak akan mati secara serta-merta dalam masa terdekat kerana penggunaannya sebagai amaran keselamatan dan mekanisme pemulihan untuk akaun dalam talian serta untuk kewangan. Tetapi apabila keperluan itu juga disampaikan oleh perkhidmatan lain, ia akan menjadi jalan akhir untuk SMS.

via TechCrunch

Labels: