Tiada Lagi Perkhidmatan Percuma untuk Google Apps

Versi percuma Google Apps telah pun dimansuhkan, selepas ia dipertingkatkan setahun yang lalu. Google memaksimumkan hasil daripada enterprise suite dan menyasarkan perniagaan kecil untuk berbuat demikian.

Google menerangkan bahawa syarikat-syarikat yang menggunakan versi percuma cepat berkembang untuk mengharapkan sokongan dan lain-lain ciri berorientasikan perniagaan, sesuatu yang dikhaskan untuk pelanggan berbayar. Jadi, ia adalah untuk kebaikan perniagaan mereka bila Google meminta mereka untuk membayar.

"Apabila kita melancarkan versi perniagaan premium kita tetap teruskan versi percuma, dan juga versi asas. Kedua-dua perniagaan dan individu mendaftar untuk versi ini, tetapi masa telah menunjukkan bahawa dalam amalan, pengalaman tidak berapa tepat untuk kedua-dua mereka," Google menjelaskan.

Pengguna yang sedia ada tidak akan terjejas, ini adalah hanya untuk pengguna baru mendaftar. Jadi jika anda mempunyai versi percuma Google Apps, Google tidak akan meminta anda untuk membayar. Pada mulanya, sesiapa sahaja boleh menubuhkan akaun Apps dan mempunyai sehingga 50 pengguna tanpa perlu membayar.

Lebih daripada lima juta perniagaan menggunakan Google Apps pada masa ini, walaupun ramai di antara mereka bergantung kepada versi percuma. Google Apps mempunyai lebih daripada 40 juta pengguna di seluruh perniagaan, sekolah, dan versi kerajaan.

via blog Google Enterprise

Labels: