Tiada Lagi Gambar dari Instagram di Aliran Twitter

Instagram
Hasil dari pertelingkahan antara dua kuasa besar dalam rangkaian sosial, pengguna kini akan merasai kesannya. Instagram dan Twitter semakin tidak boleh bekerjasama sejak Facebook ambilalih perhidmatan perkongsian foto terbesar itu.

Terbaru, gambar-gambar yang kita ambil melalui Instagram tidak lagi akan dipaparkan di aliran Twitter. Anda akan lihat ruang kosong di mana foto sepatutnya muncul seperti sebelum ini, tapi pautan ke foto Instagram masih dimasukkan.

Minggu lepas, Instagram memutuskan untuk mematikan sokongan untuk fungsi Kad Twitter. Pada asasnya, anda tidak lagi akan melihat imej penuh, sebaliknya, anda akan melihat versi yang di-crop.

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, merela lakukan ini untuk memandu trafik yang lebih kepada versi web Instagram. Beliau juga berkata, gambar akan hilang sepenuhnya daripada aliran Twitter.

via TechCrunch

Labels: ,