Versi Terbaru YouTube dilancarkan Secara Rasmi


YouTube versi terbaru telah dilancarkan untuk semua orang secara rasmi. Sebelum ini ia dalam ujian untuk beberapa bulan dan kini ia bersedia untuk dilepaskan. Ianya telah direka semula sepenuhnya, aspek visual merupakan perubahan yang paling ketara.

Anda akan melihat bahawa setiap bahagian telah mendapat wajah baru dan beberapa perubahan susun atur, secara keseluruhan ia kelihatan lebih bersih dan kemas. Reka bentuk baru ini banyak mengambil inspirasi dan selari dengan "rupa baru Google" seperti yang ditunjukkan oleh Google+ dan juga enjin carian.

Laman utama telah mendapat beberapa perubahan kecil, thumbnail video yang lebih besar, tetapi perubahan adalah minimum, YouTube sudah membuat banyak perubahan sebelum ini.

Pada halaman video, ia mendapat penekanan yang lebih besar berbanding sebelum ini. Tajuk dan apa-apa maklumat yang sebelum ini berada di atas kotak video kini telah ditolak ke bawah. Satu lagi tambahan besar adalah YouTube Guide, ciri baru yang akan mengikuti anda pada setiap halaman mulai sekarang.

Perubahan ini mungkin akan membuat anda menghabiskan lebih banyak masa di laman YouTube dan menjadikannya lebih mudah untuk mencari barangan yang baru untuk menonton.

via blog rasmi YouTube

Labels: