Windows 8 Belum Berjaya Atasi Windows 7

Microsoft mendakwa yang mereka telah berjaya menjual 40 juta unit Windows 8 dalam masa hanya satu bulan, tetapi sistem operasi baru itu masih belum menguasai pasaran OS.

Statistik yang dikeluarkan oleh Net Applications menunjukkan bahawa Windows 7 kekal sebagai sistem operasi utama pada bulan November, kerana ia mencatatkan bahagian pasaran sebanyak 44.71 peratus. Ini sebenarnya adalah sedikit penurunan berbanding Oktober, ia sebelum ini mempunyai bahagian 44.69 peratus.

Windows XP, mempunyai bahagian pasaran sebanyak 39.82 peratus bulan lepas, tetapi ia kekal sebagai pilihan kedua untuk semua pengguna komputer.

Windows 8, produk terbaru sistem operasi Microsoft, mempunyai bahagian pasaran sebanyak 1.09 peratus, manakala Windows RT mencatatkan 0.02 peratus bahagian pasaran.

Labels: ,