Kemaskini Terbaru Wordpress, 3.5 Elvin

Wordpress Elvin
Platform self-hosting paling popular, Wordpress telah melancarkan kemaskini terbaru mereka, versi 3.5 yang diberi nama kod "Elvin". Nama tersebut dipilih sempena pemain drum terkenal (tapi aku tak kenal pun) - Elvin Jones.

Seperti biasa, kalau namanya kemaskini mesti ada beberapa perkara yang ditambah baik dan fungsi baru yang ditambah.

Apa yang baru dalam versi 3.5 Elvin adalah "image uploader". Wordpress mendakwa, sistem pengurusan imej terbaru ini adalah sebagai "a beautifully simple experience". Papan pemuka dan fungsi pemilih warna juga telah diperbaharui. laman admin kini telah juga telah dinaik taraf untuk paparan retina resolusi tinggi.

Tema default Twenty Twelve juga diperbaharui dengan fungsi responsive. "Tema baru ini mempunyai reka bentuk yang sangat bersih dan responsif sebagai asas untuk laman web CMS," ujar pengasas Matt Mullenweg.

Anda boleh terus update melalui papan pemuka atau muat turun di sini. Ketahui lebih lanjut tentang Wordpress 3.5 Elvin di sini.

Labels: