Yahoo Bekerjasama dengan AVG untuk Enjin Carian Mereka

AVG telah mengumumkan yang mereka telah membentuk hubungan Search and Distribution baru bersama dengan Yahoo!. AVG Secure Search kini dikuasakan oleh Yahoo, manakala enjin carian Yahoo! pula dikuasakan oleh Bing.

CEO AVG, JR Smith berkata, "AVG teruja untuk bekerjasama dengan Yahoo! untuk membantu menjaga pengguna internet apabila membuat carian atau mengakses laman kegemaran mereka dalam talian. Pengguna mempunyai banyak pilihan bila mereka mengakses Internet, dan objektif kami adalah semata-mata untuk memastikan mereka selamat, setiap langkah perjalanan."

AVG Secure Search bertujuan melindungi orang ramai daripada "laman web yang berbahaya dan ancaman dalam talian," dengan menggunakan teknologi LinkScanner.

AVG menyatakan mereka menyediakan keselamatan intenet kepada 143 juta pengguna aktif. Menurut comScore, pasaran carian Yahoo di Amerika Syarikat adalah menurun, jatuh 0.1% kepada 12.1%.

Labels: