Yahoo Mail dapat Reka Bentuk Baru

Setelah lebih kurang dua tahun selepas perubahan terakhir, Yahoo Mail kini bakal mendapat antara muka baru. Ia akan meliputi laman utama di desktop dan semua peranti mudah alih termasuk sistem operasi Windows 8.

CEO Yahoo, Mariss Mayer mengumumkan berita ini di blog korporat Yahoo. Beliau mungkim lebih tahu tentang kepentingan produk e-mel yang mantap, perkhidmatan yang hampir semua orang di dunia menggunakannya setiap hari.

Menurut mayer, versi baru Yahoo Mail ini akan dilancarkan dalam tempoh beberapa hari lagi. Ia telah dibina untuk menjadi lebih pantas dan lebih intuitif untuk pengguna, dengan navigasi yang lebih baik dan lebih fokus pada e-mel itu sendiri.

Labels: