YouTube Bawakan Antara Muka Baru ke Aplikasi Android

Seminggu lepas YouTube dah lancarkan kemaskini terbaru antara muka laman web mereka. Kini mereka bawakan pengalaman baru ini kepada aplikasi dan laman web versi mudah alih.

Mereka mengumumkan di Google+ yang aplikasi Android dan web mudah alih telah dikemaskini untuk menyelaraskan perubahan terbaru dari laman utama. Perubahan paling ketara adalah penambahan Guide untuk navigasi melalui video dari saluran, serta membolehkan pengguna untuk mencari saluran baru.

Matlamat utama mereka adalah untuk menjadikan pengalaman pengaturcaraan di YouTube lebih ke arah TV, menyediakan kandungan yang lebih serta tontonan tanpa gangguan.

Ini akan membawakan pengalaman YouTube dari carian untuk halaman utama YouTube. Ia juga akan membezakan pengalaman dengan membuat saluran lebih relevan. Dan sudah tentu, mereka lakukan semua itu bukan hanya di web, tetapi juga di semua peranti.


via TechCrunch

Labels: ,