Google lancarkan Aplikasi YouTube Capture untuk iPhone

Google telah melancarkan aplikasi baru yang dikenali sebagai YouTube Capture khas untuk iPhone dan iPod Touch. Ia akan terus memuat naik video apabila anda menghentikan rakaman, jadi ia "bersedia untuk dikongsi".

"YouTube Capture telah direka dari segi kelajuan dan kemudahan, jadi anda boleh rakam dan memuat naik video dengan semudah 3 klik," kata jurucakap YouTube.

Anda boleh menutup aplikasi, dan muat naik akan terus bekeerja di latar belakang selama sepuluh minit, dan akan disambung semula di mana ia berhenti apabila anda membukanya kemudian. Ia boleh digunakan untuk mengurus, mengedit, memuat naik dan berkongsi sebarang video pada peranti.

Semua video akan disimpan di YouTube seperti biasa.

Terdapat satu peringatan, syarikat itu berkata untuk mengigatkan pengguna untuk meletakkkan peranti mereka secara mendatar ketika merakam supaya video kelihatan lebih baik. Anda sebenarnya boleh menetapkan Capture secara automatik memulakan rakaman apabila anda meletakkkan skrin rekod secara mendatar.


via TechCrunch

Labels: ,