Astro Lancarkan WiFi Dongle untuk pengguna B.yond PVR

WiFi Dongle
Pelanggan Astro kini boleh mengakses dan memuat turun program video-on-demand kegemaran mereka pada bila-bila masa di B.yond PVR (perakam video peribadi) dengan dongle Astro Wi-Fi, yang menambah akses internet wayarles.

Dongle Astro Wi-Fi memberikan akses mudah untuk pelbagai jenis tajuk filem dalam perpustakaan Astro B.yond VOD, termasuk Astro First dan filem Astro Best.

Astro Wi-Fi dongle boleh dibeli dari Khidmat Pelanggan Astro pada harga RM110, atau harga istimewa RM50 untuk pelanggan Pek Super dengan B.yond PVR. Sebagai tawaran pengenalan, Astro menawarkan percubaan percuma Perkhidmatan VOD Astro B.yond Catch-Up untuk semua B.yond PVR hingga 31 Jan.

Untuk membeli dongle Astro Wi-Fi, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Astro di 1300-82-3838 dan untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai VOD B.yond Astro dan Astro Wi-Fi dongle, sila layari www.astro.com.my/vod

Labels: ,