Facebook kini Aplikasi Mudah Alih Nombor Satu

Aplikasi FacebokComScore telah mengeluarkan anggaran penggunaan aplikasi mudah alih untuk tahun 2012 dan nampaknya Facebook kini menjuarai takhta. Facebook adalah aplikasi yang paling banyak digunakan, mencatat lebih 85 juta pelawat pada bulan Disember 2012.

Sebelum ini, Google Maps menguasai penggunaan aplikasi mudah alih. Penggunaan Google Maps menurun dengan ketara pada pertengahan bulan September, setelah Apple mengumumkan mereka menggugurkannya sebagai aplikasi rasmi.

Namun, Google tetap menguasai dengan lain-lain aplikasinya mudah alih masih tersenarai dalam 10 aplikasi yang paling digunakan, termasuk Google Play, Google Search, Gmail, dan YouTube.

Dari segi masa penggunaan, pengguna telefon bimbit mengambil 23% pada aplikasi Facebook. Instagram dengan 3%, dan semua aplikasi Google berkongsi sebanyak 10% daripada masa yang dihabiskan dalam aplikasi.

Labels: ,