Facebook lancarkan Graph Search, Bakal Cabar Google

Facebook mendedahkan "Graph Search" (Carian Graf) di satu acara di California. Namun Mark Zuckerberg menjelaskan bahawa ia bukan "carian web" seperti Google.

"Kami tidak mengindeks laman web," kata beliau. "Kami mengindeks peta graf kami, yang benar-benar besar dan sentiasa berubah. Hampir satu juta orang baru setiap hari. 240 bilion gambar. 1 bilion orang. 1 trilion sambungan."

Alat carian ini akan muncul sebagai bar carian yang lebih besar di bahagian atas halaman, dan apabila anda mencari sesuatu, anda sebenarnya boleh retitle halaman hasil carian seperti yang anda mahu lihat.

Ini adalah sebuah konsep yang boleh dikatakan hebat. Untuk bahagian ini, Google masih ada kekurangan pada pelaksanaan. Sebab Google+ tidak mempunyai sambungan seperti Facebook. Itulah di mana rangkaian sosial terbesar di dunia itu boleh memberi cabaran.


Zuckerberg tidak mahu pengguna berfikir yang Facebook memberi cabaran kepada Google dengan produk ini. Pengguna tidak pergi ke Facebook Search untuk mencari segala apa yang mereka ingin tahu seperti di Google.

Labels: