Facebook Pages Manager untuk Android dilancarkan Secara Senyap

Facebook telah mula melancarkan versi aplikasi Pages Manager untuk peranti Android (sebelum ini hanya disediakan untuk iOS).

Seperti versi iOS, aplikasi Android memberikan halaman pentadbir keupayaan untuk menguruskan laman mereka dari aplikasi yang berdedikasi, serta melihat page insights.

Walaupun aplikasi Pages Manager ada muncul di stor Google Play, ia hanya boleh didapati di Kanada, Australia, dan New Zealand.

Facebook mula memperkenalkan aplikasi standalone Pages Manger untuk iOS pada Mei 2012. Pada bulan September, kemas kini membolehkan pentadbir halaman mempromosikan post tertentu terus dari aplikasi.

Facebook juga mengemaskini aplikasi Messenbger dengan menambah keupayaan suara dan mesej VoIP di Kanada.

Labels: ,