Galaxy S IV Mungkin akan dilancarkan pada Mei 2013


Bagi pencinta Samsung, ini mungkin menjadi berita baik kepada mereka. Samsung dilaporkan mungkin akan melancarkan Galaxy S IV pada bulan Mei 2013.

Satu post di Facebook telah menguatkan spekulasi mengenai pelancaran peranti tersebut. Syarikat itu telah bertindak balas kepada post pada tarikh pelancaran Galaxy S IV. Samsung telah menjawab pertanyaan yang menyatakan bahawa "Galaxy S IV tidak akan dikeluarkan sebelum Mei 2013".

Sementara itu, blog teknologi juga telah mendedahkan imej Galaxy S IV. Mereka menyatakan bahawa peranti itu akan menggunakan butang pada skrin kerana tiada butang rumah pada peranti, bezel di sekitar peranti adalah lebih nipis dan mempunyai paparan yang besar.

Labels: