Google Buka Beberapa Pusat Data di Asia

Pusat Data GooglePengguna di internet di Asia bakal mengalami peningkatan kelajuan sebanyak 30 peratus bila melayari perkhidmatan Google. Google bakal melancarkan tiga buah pusat data di rantau Asia.

Pusat data Google di Singapura dan Taiwan akan mula beroperasi pada tahun ni, manakala di Hong Kong masih dalam pembinaan. Keseluruhan projek dijangka akan siap pada separuh kedua tahun 2013, menelan kos sekitar USD300 juta setelah ia siap sepenuhnya.

"Lebih ramai pengguna baru Internet berada dalam talian setiap hari di Asia dari tempat lain di dunia," kata Google.

Pusat data di Hong Kong masih dalam peringkat pembinaan, hanya lebih setahun selepas Google membeli 2.7 hektar tanah di Industrial Estate Tseung Kwan O di Kowloon di mana kemudahan baru akan dibina. Singapura akan menjadi yang pertama daripada tiga pusat untuk memulakan operasi, akan bermula dalam beberapa bulan akan datang.

Perkhidmatan seperti YouTube dan Gmail bakal menyaksikan perubahan kelajuan selepas ini kepada pengguna di Asia. Google mendakwa, pusat data mereka menggunakan tenaga 50 peratus kurang daripada pesaingnya.

Labels: