Google Kini Sediakan Encrypt Search dari Chrome


Google kini meng-encrypt (menyulitkan) semua carian yang datang dari Chrome. Sebelum ini, ia hanya berfungsi bagi pengguna yang signed-in ke Chrome.

Bermula dengan Chrome 25, kini dalam saluran dev dan beta, semua carian bermula dalam pelayar akan disulitkan. Chrome sebenarnya adalah yang terakhir membolehkan encrypted searches untuk semua pengguna.

Google memperkenalkan encrypted search beberapa tahun lepas dan telah berkembang penggunaannya, menjadikan ia default untuk pengguna yang signed-in pada bulan Oktober 2011. Ia juga tersedia untuk pengguna yang tidak log masuk, walaupun mereka perlu menggunakan URL versi disulitkan, tetapi kebanyakan orang tidak memulakan carian dari laman web Google, mereka melakukannya dari pelayar mereka.

Walaupun pengguna boleh memilih untuk melawat versi disulitkan, hanya dengan menaip "https" di hadapan URL, mereka tidak mempunyai kebebasan dalam pelayar.

Dengan bertukar kepada carian disulitkan, Chrome juga menggunakan SPDY untuk menyambung ke API search, yang sepatutnya memberikan rangsangan kelajuan.

Labels: