Google Lancarkan Carian Imej yang lebih Pantas dan Menarik

Google, melalui blog Webmaster Central mendedahkan pembaharuan dalam fungsi carian imej mereka. Mereka nyatakan yang kali ni carian imej anda di Google Search akan menjadi lebih menarik, pantas dan reliable.

Reka bentuk baru ini akan memaparkan imej dalam panel sebaris dan membolehkan anda flip melalui satu set imej dengan menggunakan keyboard. Untuk melayari semula hasil carian yang lain, hanya perlu menatal ke bawah. Ini adalah lebih daripada sekadar mengemaskini visual, Google akan menunjukkan maklumat yang berguna tentang imej yang anda cari.

Bahagian carian imej Google akan memaparkan maklumat terperinci (metadata) betul-betul di bawahnya dalam hasil carian, maklumat penting akan ditunjukkan lebih jelas bagi setiap imej. Seperti tajuk halaman imej tersebut, nama domain dari mana ia datang dan saiz.


Laman sumber imej tidak lagi akan memuatkan dalam iframe dalam latar belakang pandangan imej, ini akan mempercepatkan pengalaman untuk pengguna. Ini bermakna tiada lagi redirection ke halaman asal imej tersebut seperti sekarang.

Itu berita kurang baik kepada blogger terutamanya yang meng-optimized-kan carian imej dalam blog mereka. Google telah menguji fungsi ini dan mendedahkan peningkatan dalam kadar purata click-through ke laman web hosting, tetapi hanya masa akan memberitahu jika yang sama memegang benar apabila pengguna menjadi biasa untuk mencari imej baru.

Labels: