Instagram Kini Mempunyai 90 juta Pengguna Aktif


Instagram telah mengharungi "kontroversi" dalam beberapa minggu lepas, ia masih merasakan keperluan untuk bertindak balas kepada beberapa tuduhan baru-baru ini yang mereka telah kehilangan pengguna.

Selepas isu terma perkhidmatan, terdapat laporan Instagram kehilangan pengguna. Sebagai tindak balas, Instagram kini berkata mereka mempunyai 90 juta pengguna aktif bulanan dan mendapat 40 juta gambar baru setiap hari.

Beberapa bulan sebelumya, Instagram memberitahu mereka mempunyai 100 juta pengguna, tetapi itu hanya pengguna berdaftar, angka 90 juta adalah lebih penting. Bilangan pengguna aktif semakin meningkat, 10 peratus setiap bulan.

Labels: