iPad Generasi ke-4 akan Mempunyai Storan 128GB


Laman 9t05Mac baru-baru ini melaporkan bahawa model terbaru iPad sedang dalam pembangunan. Ia bukan satu peranti serba baru, tetapi SKU baru dalam iPad generasi keempat dengan barisan Paparan Retina.

Sumber 9to5Mac mengatakan, ia akan ditawarkan dalam variasi warna hitam dan putih, dengan pilihan Wi-Fi dan selular, dan akan menyertai model yang sedia ada dan bukannya menggantikannya.

Sumber tersebut tidak menyatakan kapasiti storan, tetapi terdapat bukti bahawa kita akan dapat lihat iPad 128GB.

Model 128GB akan menjadikan satu lagi sebab kepada pengguna untuk melihat iPad bersaiz penuh dari iPad Mini. Jika Apple mahu terus mengukir niche yang berasingan bagi kedua-dua peranti, membina satu lagi yang besar dari segi storan dalaman adalah cara yang baik untuk berbuat demikian.

Labels: ,