Live Messenger akan ditamatkan pada 15 Mac

SkypeBermula dari akhir tahun lepas, Microsoft mula menggabungkan perkhidmatan Messenger mereka ke Skype. Skype adalah satu jenama yang lebih baik bagi syarikat untuk melabur.

Microsoft berkata dalam emel yang dihantar kepada pengguna, perkhidmatan akan ditamatkan pada 15 Mac. Sehingga itu, ia pengguna digalakkan membuat persediaan yang perlu sebelum berpindah ke Skype.

Untuk mulakannya, muat turun versi terbaru Skype daripada laman webnya atau dari iklan banner dalam Messenger. Dari situ, sign in menggunakan Akaun Microsoft sama anda gunakan untuk Messenger. Skype akan secara automatik menggabungkan akaun dan menarik semua kenalan lama anda ke Skype.

Mereka yang cuba untuk mendaftar masuk ke Messenger selepas tarikh 15 Mac akan dibawa ke halaman untuk memasang Skype. Dari situ, Skype akan dipasang semasa membuang Messenger dari komputer anda.

Labels: ,