Mega Capai 1 juta Pengguna dalam Masa Kurang Sehari

Mega telah dilancarkan dan ia kini boleh diakses oleh semua orang. Perkhidmatan menyajikan apa yang seperti dijanjikan, antara muka web, client-side encryption, 50GB penyimpanan percuma dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu. Laman agak perlahan, kelajuan muat naik yang terlalu perlahan dan belum ada pilihan untuk muat turun.

Dotcom mendedahkan bahawa Mega telah medapat satu juta pengunjung dan 500,000 pengguna berdaftar dalam tempoh 14 jam ia hidup di internet.

"Jika anda sedang mengalami akses yang lambat untuk #Mega, ia kerana permintaan yang luar biasa. Kami sedang berusaha untuk membesarkan kapasiti," jelas Dotcom.

Dotcom mempunyai rancangan besar untuk Mega, laman yang anda lihat sekarang adalah barebones pada tahap terbaik. Dotcom mahu API yang kuat dan mahu Mega berkembang menjadi rangkaian lokasi penyimpanan awan dan perkhidmatan.

Labels: , ,