Laman Mega oleh Kim Dotcom Tawarkan 50GB Ruang Simpanan Percuma


Laman penyimpanan awan dan perkongsian Mega Kim Dotcom bakal dilancarkan dalam beberapa hari jauhnya, maklumat lanjut tentang laman itu dah keluar.

Pada akaun Twitter popular Kim Dotcom, beliau mendedahkan bahawa pengguna yang berdaftar secara percuma akan mendapat kira-kira 50GB ruang simpanan.

"#Mega akan mempunyai had yang sangat murah hati bagi pengguna percuma. Sebagai contoh anda mendapat penyimpanan 50GB secara percuma ;-)," melalui tweet beliau.

Anda akan mendapat 50GB ruang penyimpanan secara percuma, encryption client-side dan nampaknya ia menawarkan pilihan perkongsian yang lebih baik daripada kebanyakan laman web penyimpanan awan lain. Namun, ia masih belum dapat lihat bagaimana rupa Mega yang sebenar.

Labels: ,