Mungkin Facebook akan Bangunkan Telefon Mereka Sendiri

Facebook phone
Pada bulan September tahun lepas, pengasas Facebook Mark Zuckerberg ada mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak akan membangunkan telefon pintar mereka sendiri. Namun, sekarang berkemungkinan besar mereka akan menjadikannya kenyataan.

Pada Selasa minggu lepas, Facebook telah menjemput wartawan untuk acara khas di ibu pejabat korporatnya di Menlo Park, CA. Jemput ini jarang dilakukan oleh Facebook, oleh itu spekulasi yang semakin meningkat tentang apa yang syarikat itu rancangkan.

Beberapa pemerhati teknologi perasan bahawa jemputan ini datang selepas khabar angin iPhone lebih murah melanda web. Lagipun, kekurangan pendapatan Facebook di telefon bimbit masih menjadi salah satu cabaran terbesar buat mereka.

Akan tetapi, tiada siapa yang tahu apa perancangan sebenar Facebook pada hari berkenaan. Jadi kita tunggu dan lihat adakah khabar angin ini benar atau sebaliknya.

Labels: