Nokia Umumkan Perkhidmatan Music+ Berbayar


Nokia baru sahaja mengumumkan pelancaran Music+, sebuah perkhidmatan streaming muzik premium. Ia menyediakan fungsi skip dan muat turun tanpa had ke perkhidmatan penemuan lagu Nokia, Mix Radio.

Nokia Music+ akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang. Syarikat itu berkata harga akan berbeza-beza mengikut wilayah, tetapi dijangka berharga €3.99/sebulan (lebih kurang RM16.3).

Tidak seperti Pandora, Nokia Music+ tidak akan ada iklan, strategi yang bagus dari Nokia untuk menarik pelanggan awal. Music+ menawarkan fungsi termasuk, skip lagu tanpa had, senarai main tanpa had untuk kegunaan luar talian, streaming berkualiti tinggi, paparan lirik dan akses desktop melalui Music+ web-app.

"Ia adalah satu-satunya perkhidmatan muzik telefon pintar yang menawarkan akses kepada berjuta-juta lagu-lagu yang keluar dari kotak tanpa perlu untuk mendaftar, log masuk, atau diganggu oleh iklan. Apabila anda menambah dalam keupayaan untuk melangkau lagu-lagu dan menyimpan senarai main untuk kegunaan offline seperti tiub, anda mempunyai sesuatu yang unik." Jyrki Rosenberg, Naib Presiden Hiburan di Nokia.

Maklumat lanjut di conversations.nokia.com

Labels: