Peranti Pertama Firefox OS Developer Preview diumumkan


Firefox OS mula kelihatan seperti benda yang sebenar dan bukan hanya satu projek liar. Sebelum ni ia tak wujud sebagai sebuah telefon dan kini ia wujud, peranti pertama Firefox OS dibina oleh Geeksphone.

Ini adalah telefon pemaju, ia disasarkan untuk pemaju dan untuk sebab yang baik, Firefox OS belum bersedia untuk orang awam. Akan ada pepijat, isu-isu pelik, beberapa aplikasi dan sebagainya, segala-galanya yang datang apabila menggunakan sistem operasi pre-release.

Jika anda bukan seorang pemaju atau sekurang-kurangnya seorang pakar yang berpengetahuan, telefon ini tidak sesuai untuk anda.

Peranti ini akan boleh didapati oleh para pemuja bermula bukan Februari nanti. Ada dua model berbeza yang bakal dilancarkan, The Keon dan The Peak.

Anda boleh lihat maklumat lanjut dan spesifikasi kedua-dua model peranti Firefox OS di hacks.mozilla.org

Labels: ,