10,066 Sekolah Bakal Dilengkapi dengan WiFi 4G

Satu berita baik kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia bakal menyediakan perkhidmatan internet WiFi 4G di kebanyakan sekolah di Malaysia.

Kemudahan internet ini serta peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) lain akan diperluaskan menerusi program Transformasi Pendidikan Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini sebahagian sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencadangkan menerusi penggunaan ICT mungkin sebuah sekolah-sekolah di Malaysia boleh dipilih untuk menjalin hubungan kerjasama dengan Daphne High School. Sebuah sekolah di Alabama, Amerika Syarikat, yang menyamai konsep Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia.

Labels: