Skype Kini Tersedia di dalam Microsoft Outlook


Pada tahun 2011, Microsoft mengumumkan yang mereka mengambil alih Skype pada harga USD8.5 bilion, selepas itu Microsoft mula perlahan-lahan mengintegrasikan Skype ke dalam produk mereka.

Microsoft sanggup menamatkan Windows Live Messenger mereka sendiri dan menggantikannya dengan Skype. Versi baru Skype boleh didapati hari ini, dan sekali lagi, ia menerima beberapa integrasi dengan produk Microsoft.

Skype 6.1 untuk Windows kini mempunyai integrasi Microsoft Outlook dan anda akan dapat menghantar mesej segera Skype dan membuat panggilan dari Outlook. Bukan itu sahaja, Outlook juga akan memaparkan status Skype pengguna, maklumat kenalan dan mesej mood dalam kad kenalan Outlook mereka.

Selain daripada integrasi Outlook, Skype telah membuat perubahan tambahan kepada aplikasi yang menjadikan ia lebih mudah untuk menambah kenalan baru dan juga telah membuat perubahan kepada profil pengguna serta memberikan maklumat lanjut dalam maklumat akaun.

Labels: ,