Telefon Pintar Ubuntu akan datang

Telefon Pintar Ubuntu
Pada bulan November lepas, pengumuman telah dibuat bahawa Ubuntu akan datang ke telefon Android. Aplikasi tersebut membenarkan mana-mana telefon Android untuk dijadikan mini PC apabila dimasukkan ke monitor.

Sekarang pembuat Ubuntu mengambil satu langkah ke hadapan dengan membawa pengagihan Linux terus kepada telefon pintar.

Canonical mengumumkan mereka sedang berusaha membawa Ubuntu kepada telefon pintar pada tahun ini. Sama seperti Firefox OS, Ubuntu untuk telefon pintar akan disediakan merentasi pelbagai peranti, termasuk peranti peringkat bawah yang lebih murah.

Canonical menjanjikan yang sistem operasi Ubuntu untuk telefon pintar high end akan berfungsi sebagai PC mudah alih. Apa yang anda perlu lakukan adalah sambungkan peranti ke monitor dan anda akan mempunyai PC Ubuntu berfungsi sepenuhnya.

Belum ada syarikat telefon tertentu yang akan bekerjasama, tetapi Canonical mengatakan bahawa mana-mana OEM yang kini membuat telefon Android tidak akan mempunyai masalah dalam membawa telefon Ubuntu ke pasaran.

Labels: ,