Tesco akan Tawarkan Pembelian Secara Online

Selama kita dah selalu beli belah pelbagai barang melalui internet. Laman yang biasa kita lawat adalah seperti lelong.com.my, mudah.my dan banyak lagi. Pernahkah anda terbayang untuk beli barang keperluan dapur secara online?

Impian itu kini bakal jadi kenyataan kerana pihak Tesco akan tawarkan perkhidmatan seperti itu.

Pihak Amanz.my melaporkan, perkhidmatan ini akan membolehkan pengguna melakukan pembelian secara dalam talian, dan kemudiannya semua barangan yang dibeli, dihantar terus ke rumah pada masa yang ditetapkan oleh pembeli itu sendiri.

Anda boleh memulakan pendaftaran di laman web tesco.com.my/html/pre_registration.aspx. Pihak Tesco menyatakan dalam laman tersebut:
Kami akan melancarkan perkhidmatan membeli-belah dalam talian kami tidak lama lagi. Beli belah secara online dan dapatkan barangan runcit dan segar dihantar terus ke pintu anda pada masa yang sesuai anda mahukan.
Tarikh pelancaran belum ditetapkan lagi, tapi anda boleh mendaftarkan diri dan akan terima mesej dari Tesco bila mereka akan lancarkan perkhidmatan ini.

Labels: , ,