Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar


Kerajaan kini sudah membuka pendaftaran bagi Pakej Komunikasi Belia yang memberikan rebat sebanyak RM200 kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun.

Tapi sebelum ni ia mendapat banyak kritikan daripada rakyat sebab pakej tersebut hanya boleh diguna pakai jika membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500.

Namun ada berita baik kepada anda semua, pihak Amanz.my melaporkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak menetapkan had harga bagi telefon pintar untuk mendapatkan rebat RM200.

Dato' Dr Rais Yatim telah mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitter beliau. Beliau menyatakan kabinet bersetuju belia 21-30 tahun dengan pndapatan RM3,000 ke bawah boleh ditawarkan untuk beli apa jua telefon pintar.

Labels: