Twitter lancarkan Vine, Aplikasi Video untuk iOS

vine
Pada bulan Oktober tahun lepas, Twitter ambil alih syarikat penciptaan dan perkongsian video, Vine. Kini, ia dilancarkan secara rasmi, ditawarkan dalam bentuk aplikasi iOS.

"Hari ini, kita memperkenalkan Vine: perkhidmatan mudah alih yang membolehkan anda menangkap dan berkongsi video pendek. Seperti Tweets, keringkasan video pada Vine (6 saat atau kurang) menginspirasi kreativiti. Sekarang anda boleh menangkap gerakan dan bunyi dengan mudah, kita tidak sabar untuk melihat apa yang anda buat." petikan dari pengumuman di blog.

Twitter tidak menyebut versi untuk aplikasi Android, atau aplikasi bagi platform mudah alih yang lain, tetapi mungkin akan datang pada masa depan.

Ia harus diperhatikan bahawa anda tidak memerlukan akaun Twitter untuk menggunakan Vine. Mungkin Vine akan mencari asas pengguna sendiri, sepenuhnya bebas dari Twitter.
mixing gnarly basslines today vine.co/v/b55LOA1dgJU
— The Glitch Mob (@theglitchmob) January 23, 2013

Labels: