Twitter Menambah Baik Embedded Tweets, Lebih Pantas

Lebih kurang setahun lalu, Twitter melancarkan embedded tweet. Hari ini, mereka melancarkan kemas kini fungsi itu dengan meningkatkan kedua-dua rupa dan prestasi di seluruh web.

"Embedded Tweets memaparkan gambar, video, ringkasan artikel dan kandungan lain yang dikongsi dalam Tweet, seperti yang anda lihat di twitter.com. Anda juga boleh melihat bilangan retweet dan favorite, dan kami telah membuat beberapa tweak kepada reka bentuk supaya Embedded Tweets lebih mudah untuk dibaca," kata Twitter.

Kini, apabila anda embed tweet pada sesebuah laman, mana-mana media yang dikaitkan seperti twitpics atau video YouTube akan dipaparkan di bawah teks. Ia pada dasarnya peningkatan kepada bagaimana Twitter Card ditunjukkan di laman web pihak ketiga.

Twitter juga mendakwa bahawa tweet akan loading lebih cepat pada laman web anda. Jika anda ingin embed tweet, anda biasanya membuka tweet dalam tab baru dan kemudian klik pilihan "embed tweet". Mulai hari ini, anda akan mempunyai pilihan untuk embed tweet terus dari stream anda. Hanya klik pada butang "more..." di sebelah kanan bawah tweet:

Labels: