UniFi kini Mencapai 500,000 Pelanggan

Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi oleh TM, UniFi kini sudah mencapai 500,000 pengguna seluruh negara. TM berkata, ini menjadi lebih bermakna apabila dicatatkan lebih awal daripada sambutan ulang tahun ketiga perkhidmatan UniFi pada bulan Mac ini.

Menurut laporan Bernama, Naib Presiden Eksekutif, Konsumer TM, Imri Mokhtar, berkata produk utama syarikat itu terus menjadi peneraju pasaran jalur lebar domestik.

"Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan manfaatnya," katanya. "Ini amat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah di negara ini sejajar dengan objektif pembangunan ekonomi negara," ujar beliau lagi.

UniFi kini boleh didapati di 94 kawasan seluruh negara. Meliputi lebih daripada 1.34 juta premis sedia dipasang termasuk 64 kawasan di Lembah Klang, 5 di Pulau Pinang, 4 di Kedah, 9 di Johor, 2 di Melaka, 2 di Negeri Sembilan, 2 di Perak, 1 di Terengganu, 1 di Pahang, 1 di Sabah dan 3 di Sarawak.

UniFi menyediakan perkhidmatan tiga dalam satu dengan nilai terbaik yang pertama di Malaysia yang terdiri daripada Internet berkelajuan tinggi, IPTV dan suara, dengan kelajuan dari 5Mbss sehingga 50 Mbss melalui teknologi fiber.

via Bernama
Kredit imej kepada dezamancottage.com

Labels: ,