Waze Tolak Tawaran Apple untuk Ambil Alih


Aplikasi navigasi sosial yang semakin meningkat popular, Waze digosipkan dengan Apple. Khabar angin sebelum ni menyebarkan beria bahawa Apple berminat untuk ambil alih Waze.

Tapi pihak Waze menolak tawaran dari Apple. Apple dikhabarkan menawarkan USD500 juta untuk membida syarikat dari Israel itu.

Pihak TechCrunch melaporkan yang kedua-dua tidak pernah berbincang tentang perkara ini. Namun, Apple sememangnya berminat dengan Waze.

Waze kini mempunyai jumlah pengguna yang agak ramai iaitu lebih kurang 20 juta (dikatakan hampir mencecah 30 juta). Syarikat itu dilaporkan bernilai USD200 juta dan dijangkan meningkat hingga USD1 bilion jika diambil alih.

Nota: Waze adalah kepunyaan rakyat Israel.

Labels: