Yahoo Mula Integrasikan Gambar dari Flickr dalam Keputusan Carian

Carian Yahoo
Yahoo kini mengintegrasikan gambar dari Flickr ke dalam keputusan carian Yahoo di Web, tablet dan telefon bimbit. Mereka mengumumkan perkara ini dalam Search blog dan juga akaun Twitter.

Pengguna carian Yahoo kini boleh mencari gambar dari Flickr dengan mudah untuk penggunaan semula atau posting di bawah terma Creative Commons. Untuk berbuat demikian, anda perlu memilih penapis "Labeled for Reuse" di sebelah kiri.

Yahoo menyatakan bahawa 'anda kini boleh mencari berjuta-juta gambar untuk berkongsi'. Untuk rekod setakat ini, Flickr ada 5 bilion gambar di muat naik sepanjang September 2012.

menurut rekod dari comScore, bahagian pasaran carian Yahoo pada bulan November 2012 berada pada 12.1 peratus di Amerika Syarikat, di belakang Google (67 peratus) dan Bing (16.2 peratus).

Labels: ,