Bluestacks Membawakan Lebih 750,00 Aplikasi Android untuk Windows 8

BluestacksBluestacks adalah aplikasi yang anda menjalankan aplikasi dari peranti mudah alih ke sistem operasi Windows dan Mac. Mungkin dah ramai peminat Android mencuba Bluestacks di PC mereka.

Menurut laporan TechCrunch, Bluestacks kini melancarkan versi terbaru App Player mereka yang dioptimumkan untuk penggunaan pada mesin yang dikuasakan oleh Windows 8. Versi ini dilancarkan selepas mencapai persetujuan dengan beberapa syarikat komputer seperti AMD, Asus, MSI, dan Lenovo.

App Player terbaru ini adalah yang pertama yang menyokong sistem operasi dari Microsoft, Windows 8. Dengan Bluestacks, kini pengguna boleh mendapatkan lebih 750,000 aplikasi Android pada komputer Windows mereka.

Syarikat itu kini telah mencapai 5 juta muat turun perisian mudah alih di kedua-dua Mac dan PC, berdasarkan angka dari laman utama BlueStacks.com.


via TechCrunch

Labels: