Apple Bakal Perkenalkan Jam Pintar, iWatch

Setelah berjaya dengan beberapa peranti hebat seperti iMac, iPad dan iPhone, Apple kini dilaporkan mahu membina satu lagi peranti yang mungkin mengukuhkan lagi kedudukan mereka, iWatch. Sebuah jam tangan pintar yang dikuasakan oleh iOS.

The New York Times melaporkan, syarikat itu sedang membangunkan jam pintar yang akan dijalankan pada sistem operasi iOS yang sama menguasakan iPhone, iPads dan beberapa iPod. Jam tangan yang akan mempunyai skrin kaca melengkung.

Apple iWatch
iWatch bakal membawakan fungsi sembang Facetime. Fungsi-fungsi lain termasuk turn-by-turn directions dan pembantu suara Apple, Siri.

Walau bagaimanapun, khabar angin ini belum disahkan oleh pihak Apple sendiri. Tapi seorang penganalisis memberitahu The New York Times yang perkara ini mungkin betul.

Labels: ,