Belajar Bermain Gitar melalui Pelayar Web dengan GuitarBots

Trend bermain Guitar Hero kini semakin tenggelam, tetapi orang ramai masih percaya yang pembelajaran untuk bermain gitar akan menjadikan mereka kelihatan hebat. Tetapi sebenarnya belajar untuk bermain gitar bukan semudah kita nampak.

Guitar Hero menyeronokkan, tetapi anda sebenarnya tidak mempelajari apa-apa dengannya. Sebuah laman web baru, dipanggil GuitarBots, bertujuan untuk memberikan anda yang terbaik, keseronokan bermain permainan gitar dan kepuasan bermain gitar sebenar.


Konsep ini adalah mudah, anda perlukan sebuah komputer dengan mikrofon. Pada skrin, anda akan mendapat trek dengan arahan mengenai note apa yang perlu dipetik. Ketika anda bermain, permainan tersebut mendengar apa yang anda mainkan, anda akan mendapat mata untuk apa yang anda lakukan.

Anda perlukan Unity Web Player dan bermain selama lima minit percuma setiap hari. Untuk dapatkan masa bermain sehingga satu jam, anda perlu menjemput raka-rakan untuk daftar bermain. Atau dengan hanya RM 31 sebulan anda boleh bermain seberapa banyak yang anda suka.

Labels: ,