Dropbox Bakal Membuat Tawaran Awam Awal (IPO) Tahun Ini

Dropbox setakat ini dah agak berjaya dari persaingan penyimpanan awan. Ia mampu bersaing dengan gergasi lain seperti Google Drive dan Skydrive. Namun, dari segi kewangan syarikat masih ramai yang kurang tahu.

Laman Quartz melaporkan yang Dropbox kini sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran awam awal (IPO), mungkin seawal tahun ini. Belum ada kenyataan rasmi, tetapi khabar angin mengatakan eksekutif Dropbox telah bertemu dengan bank untuk membincangkan perkara itu.

Dropbox kini bernilai $4 bilion, dalam pusingan pembiayaan terakhir, dan mungkin mencari untuk mendapatkan wang dalam tawaran awam pada nilai yang lebih tinggi daripada itu.

Dropbox telah berjaya menembusi sebahagian besar ke dalam pasaran perusahaan, perkhidmatannya sudah digunakan secara meluas oleh perniagaan kecil dan sederhana, tetapi Dropbox menambah ciri-ciri baru yang akan memudahkan pengurusan dalam persekitaran perusahaan.

Labels: ,