Enjin Presto Opera akan jadi Sumber Terbuka

prestoMungkin Opera dah tak mahukan lagi enjin Presto mereka, tetapi ada orang lain yang masih mahukannya. Malah, terdapat beberapa pihak yang mahu susun atur enjin dikeluarkan sebagai sumber terbuka (open source).

Laman change.org mengadakan satu petisyen yang menunjukkan terdapat kurang daripada beberapa ribu penyokong buat masa sekarang, tetapi terdapat perbincangan sumber terbuka Presto di tempat lain.

"Ia mungkin bahawa kod Presto akan dikeluarkan, tetapi sekarang semua tengah sibuk dengan peralihan ke Webkit. Setakat ini, ia kelihatan baik," Hakon Lie Wium, CTO baru Opera.

Itu mungkin bukan satu pengesahan, tetapi ini menunjukkan bahawa Opera sekurang-kurangnya sedang mempertimbangkannya.

Labels: