Facebook disaman atas Paten Butang Like

Satu tuntutan mahkamah baru-baru ini yang difailkan oleh sebuah syarikat Belanda di Amerika Syarikat atas butang Like pasti memenuhi kriteria yang tidak masuk akal.

Tuntutan tersebut berdasarkan dua paten diberikan kepada programmer Belanda, Joannes Jozef Everardus Van Der Meer, yang meninggal dunia tahun 2004.

Sebelum meninggal, dia berjaya mendapatkan beberapa paten perisian, salah satunya boleh digambarkan sebagai sebuah blog, suapan Twitter, Timeline Facebook dan banyak laman web yang lain, dan satu yang peguam perlu mengkasinya secara mendalam, butang Like.

Paten menerangkan "sistem dan kaedah untuk menjana, memindahkan dan menggunakan alamat sejagat beranotasi yang boleh disampaikan oleh alat persembahan multimedia termasuk pelayar web". Persamaan dengan butang Like adalah agak pelik. Ia juga boleh dikatakan sebagai bookmarks, sosial bookmarking seperti Delicious.

Buat masa sekarang, Facebook belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai tuntutan mahkamah tersebut.

Labels: