Facebook Juga Jadi Mangsa Serangan Siber

Selepas Twitter menjadi mangsa serangan, Facebook juga telah mengakui bahawa mereka telah menjadi mangsa serangan dan rangkaian dalaman mereka telah diceroboh oleh penggodam.

Tiada data pengguna telah dibocorkan, tapi komputer riba pekerja mereka dijangkiti dengan malware yang direka untuk membenarkan akses kepada penyerang. Pengguna tidak perlu terlalu risau sebab data pengguna tidak diceroboh. Serangan itu dikesan lebih awal dan Facebook cepat mengatasinya.

Menurut Facebook Security, serangan itu berlaku bulan lepas, apabila beberapa pekerja syarikat melawat laman web pemaju mudah alih yang dikompromi. Laman tersebut menganjurkan eksploitasi Java yang menolak malware ke peranti pekerja Facebook.

"Dalam hal ini khususnya, kami telah flagged domain yang mencurigakan dalam log DNS korporat kami dan dikesan kembali ke komputer riba pekerja. Apabila menjalankan pemeriksaan forensik komputer riba itu, kami telah mengenal pasti fail yang berniat jahat, dan kemudian memeriksa seluruh syarikat dan flagged beberapa komputer riba pekerja lain yang dikompromi," kata wakil Facebook dalam blog post.

Sebagai pengguna, kita hanya perlu pastikan aktiviti akaun tidak ada yang mencurigakan dan terus buat tindakan yang perlu jika rasa akaun telah terjejas.

[via Softpedia]

Labels: