Galaxy S IV akan datang pada 15 Mac?

Pada awal bulan Januari lepas, kami ada laporkan yang telefon dari keluarga Galaxy yang seterusnya bakal dilancarkan pada bulan Mei 2013. Terkini, pihak SamMobile menyebarkan khabar angin yang peranti tersebut bakal dilancarkan pada 15 Mac nanti.

Mungkin ia akan didedahkan pada acara khas syarikat Mobile Unpacked, kat tempat yang masih tidak diketahui.


Memetik dari sumber yang boleh dipercayai, blog telah mengesahkan maklumat pelancaran peranti itu nanti. Walau bagaimanapun, Samsung belum mengeluarkan kenyataan rasmi dalam hal ini. Pengeluar dari Korea dijangka menghantar jemputan untuk acara Mobile World Congress pada akhir Februari atau awal Mac.

Khabar angin sebelum ini mencadangkan bahawa Galaxy S IV akan menampilkan paparan 4.99 inci Super AMOLED dengan resolusi HD penuh, 13-megapiksel auto fokus kamera belakang, Android Jelly Bean, Exynos 5 OCTA chipset dan stylus S-Pen. Telefon pintar ini juga akan termasuk sokongan pengecasan wayarles.

Labels: ,