Google Bakal Buka Retail Store Mereka Sendiri

Google dilaporkan merancang untuk membuka beberapa lokasi retail store (kedai runcit) di Amerika Syarikat sebelum tahun 2013 berakhir, satu langkah yang baik untuk bersaing dengan Apple dan Microsoft.

9to5Google.com melaporkan, Google akan menjual produk mereka seperti telefon Nexus dan tablet serta komputer riba Chromebook secara terus dari outlet tersebut. Ia juga akan menyediakan satu tempat untuk pengguna belajar lebih lanjut mengenai Android dan membantu pelanggan yang mempunyai masalah dengan telefon Android mereka.

Google sebelum ini telah menguji retail store di beratus-ratus lokasi Best Buy di Amerika Syarikat dengan memaparkan Chromebook, jadi ia mungkin telah belajar dari itu.


Napmpaknya strategi Google ini jelas untuk mencabar Apple, yang telah mempunyai kejayaan besar dengan operasi runcit. Apple kini mempunyai 400 kedai di 12 buah negara, dan ia merancang untuk membuka 30 kedai lagi tahun ini.

Microsoft juga megikut jejak langkah Apple dengan membuka beberapa kedai di Amerika Syarikat dan Kanada. Syarikat itu membuka 51 lokasi runcit pada tahun 2012, dan berkata ia akan membuka enam lagi kedai di awal 2013.

Mungkin suatu nanti kita akan nampak kedai Google di pasaraya-pasaraya besar kat Malaysia ni.

[via 9to5Google, foto kredit kepada mereka]

Labels: ,