Kim Dotcom Lancarkan Aplikasi Mega Manager untuk Android

Baru sahaja dilancarkan, Mega kini menjadi laman penyimpanan awan yang popular di internet. Tidak mahu ketinggalan dengan pesaingnya seperti Dropbox dan Google Drive, Kim Dotcom melancarkan aplikasi rasmi.

Mega Manager kini boleh didapati untuk Android versi 3.0 ke atas. Anda boleh memuat turun dari Google Play Store. Namun ia masih dalam peringkat alpha, di mana kurang sesuai untuk digunakan secara meluas. Kemungkinan masih terdapat kelemahan pada versi pertama ini.


Untuk versi pertama dalam peringkat alpha ini, ciri-ciri atau fungsi yang ditawarkan hanya sign in, browse fail dan muat turun fail. Tapi mereka nyatakan bahawa sedang usahakan lebih banyak fungsi pada versi akan datang.

Walaupun ia dalam peringkat aplha, pemaju aplikasi ini menegaskan bahawa keselamatan dan sistem crypto adalah lengkap. Mereka menggunakan algoritma yang sama seperti versi web Mega.co.nz. Komunikasi kepada pelayan adalah melalui SSL dan data sepenuhnya disulitkan.

Labels: , ,