Lokasi Pertama dalam Foursquare dapat 1 juta Check-in

Hartsfield-Jackson AtlantaBuat pertama kalinya, sebuah lokasi mendapat 1,000,000 check-ins dalam Foursquare. Syarikat rangkaian sosial mudah alih tersebut melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta di AS berjaya mencatatkan rekod itu.

Selain daripada check-ins, lapangan terbang itu juga menyaksikan perkongsian sebanyak 2,000 tips termasuk cadangan di mana untuk mencari sumber kuasa elektrik, tempat yang tenang untuk tidur, atau di mana untuk dapatkan teksi paling cepat.

Sudah pasti, lapangan terbang tersebut adalah yang paling sibuk di dunia. Mengikut data dari Foursquare, hari Isnin adalah hari terbesar untuk perjalanan, dan Terminal B kat sana mendapat paling banyak trafik secara purata.

Foursquare mencapai 3 bilion check-ins pada November 2012. Ini bermakna Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta menyumbang kurang daripada 0.03 peratus daripada semua check-ins.

via TheNextWeb

Labels: